OKTOBER 2021

PRN-12: Sarawak Serah Kepada Yang di-Pertuan Agong Tetapkan Tarikh


SRI AMAN: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menafikan DUN Sarawak akan dibubarkan dalam masa terdekat untuk membolehkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) diadakan.

Menjawab pertanyaan media selepas merasmikan Pelancaran Sri Aman Development Agency pada Khamis, Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menetapkan tarikh PRN-12 diadakan.

“Bukan kuasa saya. Saya tidak dapat memberitahu anda secara terperinci,” jelasnya.

Menurut Ketua Menteri lagi, perjumpaannya bersama Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini adalah untuk berbincang mengenai keadaan semasa pandemik COVID-19 dan bukan mengenai penetapan tarikh PRN. 

Pilihan Raya Umum DUN Sarawak digantung selepas Yang di-Pertuan Agong mengumumkan Proklamasi Darurat mulai 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022. – EDISI UKAS

Sumber dari : UKAS